Sunday, November 14, 2010

bicara akal pada hati...

wahai hati dengar lah bicara akalku yang waras.. janganlah kau menjadi terlalu lemah sayang, kelak akan ada yg memijak2 dirimu.. kelak akan ada sang manusia yang merobek2 jiwamu wahai hati.. maka jadilah kau kuat seperti dulu.. jangan kau biarkan cinta mu memakan diri mu.. kelak kita akan sama2 menderita.. wahai hati.. andai benci itu dapat membuat kau lupakan dia, benci lah dengan sebenarnya.. walau aku tau takkan ada walau sekelumit pon perasaan kotor yg akan menodai cintamu.. namun berpura2 lah kau agar cinta ini tidak membunuh kita.. wahai hati, dengarlah kata akal warasmu ini.. cintailah tuhanmu dengan sepenuh hati mu agar DIA akan menunjukkan jalan terbaik pada kita.. jagalah maruahku sebagai seorang wanita.. jangan lah diperhambatkan pada orang yg tidak sudi.. paham kah kau bahawa dia telah penat melayan kerenah mu.. walau aku tau cinta dari hatiku ini suci tapi cukuplah kau menderita sayang.. dia takkan mengerti apa yg kau rasa selagi dia tidak merasa cinta yg sebenarnya.. dia akan paham bila hatinya benar2 terbuka tentang cinta.. wahai hati ku sayang, jangan menangis.. aku sedih melihat mu terluka.. sedarlah hati.. dia bukan yang seperti dulu lagi.. dia tidak mengingin kan dirimu seperti dulu lagi.. wahai hati.. aku tau kta sama2 rasa bahagia dengan cinta yg dipupuk bersamanya satu tika dulu.. hiduplah kau dalam kenangan terindah itu andai dapat merawat lara mu.. tetapi, aku merayu mu wahai hati.. aku punya cita2 yg besar yg aku takkan musnahkan hanya kerana cinta.. hidup lah dalam kenangan cinta dulu untuk menguatkan diriku.. wahai hati berjanjilah padaku... tiada cinta lagi yg akan hadir selepas ini.. tutup lah pintu yg selama ini kau buka.. tutuplah serapatnya... biarlah akalku yg waras pula menguasai aku.. izinkan aku hati...

No comments: